Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA BOMBA POSITIF COVID-19, 22 LAGI DIKUARANTIN

DALAM NEGARA

ANGGOTA BOMBA POSITIF COVID-19, 22 LAGI DIKUARANTIN

KEDAH: Seramai 22 anggota bomba menjalani kuarantin di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak selepas seorang anggota Pegawai Bomba Bantuan (PBB) didapati positif COVID-19.

Perkara tersebut disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon yang memaklumkan, anggota PBB terbabit telah dimasukkan ke dalam wad selepas ujian saringan pertama didapati positif COVID-19.

Berikutan perkara tersebut, kesemua 39 anggota di BBP Guar Chempedak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 16 daripadanya disahkan negatif.

“Tindakan awal yang diambil adalah dengan ‘lockdown’ balai berkenaan sementara menunggu keputusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Dalam masa yang terdekat, beliau akan berbincang di peringkat jabatan, dan setakat ini BBP Aman Jaya dan Yan bersedia untuk membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan di kawasan Guar Chempedak.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading