ISU GRED BERAS PUTIH: KERAJAAN TIDAK BUAT PUSINGAN U – FAHMI
Kerajaan tidak membuat pusingan U dalam isu gred beras putih seperti yang didakwa, sebaliknya ia merupakan satu cadangan dan masih belum lagi diputuskan Kabinet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak membuat pusingan U dalam isu gred beras putih seperti yang didakwa, sebaliknya ia merupakan satu cadangan dan masih belum lagi diputuskan Kabinet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
“Pada waktu ini, belum ada pemakluman atau perbincangan di Kabinet mengenai ketetapan (satu gred beras putih) tersebut. Jadi ia bukanlah U-turn (pusingan U).
“Bagaimanapun, saya lihat kenyataan Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal itu berniat baik dan hasratnya ialah untuk membantu mengurangkan harga barang,” katanya.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Parlimen Lembah Pantai di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, dalam konteks ekosistem beras, perbincangan dan penyelarasan juga perlu dilakukan bersama pengusaha, pekedai dan peruncit.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.
Mohamad berkata sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.
Kenyataan itu susulan daripada pengumuman Syed Abu Hussin Hafiz pada 14 Feb, yang dilaporkan berkata tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia MADANI sebagai kategori tunggal.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilapor berkata isu harga kawalan beras, akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Fahmi berkata langkah menjenamakan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah diteliti secara menyeluruh, yang bukan hanya melibatkan perubahan pada nama namun juga fungsinya.
“Biarlah PEDi ini dapat memanfaatkan lebih ramai orang dan untuk itu ia perlu direncanakan dengan baik, kerana ada sesetengahnya memerlukan hubungan yang baik dengan beberapa agensi seperti Rukun Tetangga, Jabatan Penerangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Semalam, Fahmi berkata PEDi dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini dan ia perlu dibuat berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan, yang mendapati orang ramai hadir ke PEDi untuk pelbagai aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked