Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN BELUM BUAT KETETAPAN WUJUDKAN SATU GRED BERAS PUTIH

DALAM NEGARA

KERAJAAN BELUM BUAT KETETAPAN WUJUDKAN SATU GRED BERAS PUTIH

Kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Gambar fail. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat, mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri semalam, yang memaklumkan cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), akan datang,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, pada 14 Feb.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam sidang media dilaporkan berkata tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia MADANI sebagai kategori tunggal.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading