Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU KALIMAH ALLAH: PDRM AMBIL TINDAKAN TEGAS INDIVIDU ANJUR DEMONSTRASI

DALAM NEGARA

ISU KALIMAH ALLAH: PDRM AMBIL TINDAKAN TEGAS INDIVIDU ANJUR DEMONSTRASI

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengadakan demonstrasi jalanan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, tindakan undang-undang termasuk di  bawah Akta Hasutan 1948 akan dikenakan terhadap mereka yang bertindak berbuat demikian.

“Saya memberi amaran, hormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sekiranya kita tidak menghormati mahkamah, hancur negara.

“Kalau kita hendak mahkamah membuat keputusan yang hanya menyebelahi kita yang menepati cita rasa kita itu tidak adil. Biar mahkamah diberi kebebasan buat keputusan yang difikirkan tepat mengikut perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)’ no 18 Siri 01/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM, di sini pada Jumaat.

Katanya lagi pihak yang ingin mencetuskan atau membangkitkan perasaan bertindak secara fizikal dinasihatkan supaya tidak bertindak sedemikian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading