Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan ucapan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini. –BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan ugutan secara langsung mahupun tidak langsung susulan pendirian dan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bagaimanapun, PDRM masih mengumpul maklumat dan risikan sekiranya terdapat ancaman dari pihak luar berhubung perkara itu.
“Setakat ini situasi negara berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Razarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada polis menerima laporan ugutan daripada mana-mana pihak berikutan kelantangan Malaysia yang berpihak kepada Palestin.
Malaysia antara negara yang lantang menggesa dunia mengambil tindakan segera untuk menamatkan serangan rejim Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kini lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 29,000 yang lain cedera sejak 7 Okt lepas.
Pada 24 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.
Susulan pendedahan Perdana Menteri itu, media melaporkan PDRM akan mengumpul maklumat sekiranya terdapat aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini.
Terdahulu, sebanyak 538 Inspektor pelatih melibatkan 103 wanita dan 435 lelaki menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor hari ini selepas mengikuti latihan asas selama sembilan bulan bermula 19 Feb lepas.
Pada majlis itu, Insp Khairul Anwar Khalid diumum sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan manakala Insp Nurul Nadhirah Muhamad Radzi muncul Pelatih Terbaik Akademik sementara Insp Muhammad Amir Faris Basri dan Insp Dayang Siti Aishah Awang Ramli masing-masing muncul Pelatih Terbaik Latihan Luar lelaki dan wanita.
Khairul Anwar, 26, berkata minat dan sukakan cabaran mendorongnya untuk menyertai PDRM walaupun mempunyai profesion lain sebelum ini.
“Saya sama sekali tidak menyesal menyertai PDRM walaupun telah berkhidmat sebagai jurutera selama dua tahun di sebuah syarikat di Bangsar,” katanya yang berhasrat untuk sertai pasukan elit Unit Tindakhas PDRM untuk mencabar diri menjadi terbaik pada masa depan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests