Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Toh Puan Khadijah Mohd Nor hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15, hari ini. –BERNAMA
GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak mengecam sekeras-kerasnya dan menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera.
Beliau berkata konflik dan peperangan yang masih berterusan telah mengakibatkan penderitaan yang besar kapada rakyat Palestin, dengan orang awam khususnya golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terbunuh serta ramai yang kehilangan nyawa dan rumah kediaman mereka.
“Titisan air mata, gelodak rasa kesedihan di jiwa, tidak dapat dibendung, melihat kesakitan dan kehilangan nyawa yang dialami oleh sebahagian besar penduduk Palestin.
“Sebagai ahli komuniti global yang bertanggungjawab, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku dan membantu meringankan keperitan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di sini hari ini.
Sesi persidangan hari ini ialah yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung pada 12 Ogos 2023.
Atas prinsip perikemanusiaan, beliau turut menggesa agar masyarakat antarabangsa bersama-sama menyokong segala usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif dan tuntas dengan segera, adil dan saksama demi kebaikan manusia sejagat.
Selain itu, Tun Ahmad Fuzi turut mengucapkan tahniah atas kecemerlangan kerajaan negeri yang berjaya mengekalkan pengurusan kewangan yang berintegriti apabila menerima Sijil Bersih iaitu Sijil Pendapat Tanpa Teguran (Dengan Perenggan Hal-Hal Lain) daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Tahun 2022.
“Saya dimaklumkan, prestasi kewangan kerajaan negeri kekal teguh, dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun semasa berjumlah RM1.859 bilion.
“Hutang awam kerajaan negeri yang terdiri daripada hutang kepada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan menunjukkan baki berjumlah RM41.11 juta pada akhir tahun 2022, iaitu 9.5 peratus lebih rendah berbanding RM45.41 juta pada tahun 2021,” katanya.
Mesyuarat ditangguhkan dan akan bersambung Isnin.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked