KETEGANGAN terkini antara Arab Saudi yang disokong Amerika Syarikat dan Iran akibat serangan yang dilancarkan ke atas loji minyak milik Aramco pada 15 September lalu menenggelamkan tumpuan masyarakat antarabangsa terhadap konflik sedia ada di rantau Asia Barat.
Wayang yang dimainkan Washington dan kuasa besar lain
telah berjaya mengalih isu sebenar krisis kemanusiaan di Syria, Yemen dan
kezaliman yang dilakukan regim Zionist terhadap penduduk Palestin di kawasan
yang dikuasainya.
Wabak penyakit dan kekurangan zat makanan menjadi punca utama kematian kanak-kanak di kem Al Hol. FOTO SYRIA CARE
Selepas berjaya menguasai Raqqa dan Deir az Zour yang sebelum ini dikuasai Islamic State (IS), Amerika Syarikat memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan nasib yang menimpa mangsa konflik di bahagian timur laut Syria.
Ketika sedang galak menyusun percaturan untuk mengekalkan
kuasa di kawasan itu, lebih 406 kematian dilaporkan di kem Al Hol sepanjang
Disember 2018 sehingga September 2019. 80 peratus atau 339 daripada mereka terdiri daripada
kanak-kanak.
Dalam laporannya, International Rescue Committee (IRC),
berkata angka kematian membabitkan mereka yang berusia bawah lima tahun
meningkat hampir dua kali ganda sejak Mac lalu yang disebabkan wabak penyakit
dan kekurangan zat makanan di kem yang menempatkan lebih 70,000 pelarian.
Kini dalam krisis kemanusiaan yang semakin tenat di Syria dan Yemen, kuasa besar dunia termasuk Rusia sama sekali tidak berminat untuk mencari penyelesaian. Sebaliknya atas kepentingan tertentu melangsungkan agenda untuk terus memporak poranda rantau berkenaan.
Dalam kebimbangan berjuta-juta pelarian menghadapi musim
sejuk pada tahun ini, strategi mereka mengalih tumpuan terhadap perbuatan
mereka sebelum ini telah berjaya dialih.
Hampir semua laporan utama media dan portal antarabangsa berpengaruh tertumpu kepada tindakan yang akan diambil oleh Presiden Donald Trump terhadap Iran serta kumpulan pemberontak Houthi di Yemen selepas loji penapis di Abqaiq dan telaga minyak Kuraish di Arab Saudi menjadi sasaran dron sehingga menjejaskan lima peratus bekalan minyak dunia.
Tehran yang selamanya dilabel Negara Paksi Kejahatan oleh
pentadbiran Washington telah memberi amaran tidak akan berdiam diri jika
diserang.
Dalam situasi ini, ia bukan sentimen perseteruan Syiah-Sunnah tetapi percaturan sebenar Amerika Syarikat untuk terus menguasai sumber minyak dunia serta kawasan strategik di rantau itu.
Sementara Kremlin akan memperkukuhkan lagi pengaruhnya ke
atas Tehran dan memperkemas prasarana ketenteraannya di Syria dengan alasan
mengimbangi pengaruh kuasa Barat.
Permainan ini akan memberi kedudukan selesa kepada Presiden Bashar al Assad kerana sebarang usaha masyarakat antarabangsa untuk menamatkan konflik yang mengorbankan hampir 600,000 nyawa di Syria sejak lebih lapan tahun lalu akan dihalang Moscow kerana ia menjadi satu-satunya negara di Asia Barat yang menempatkan kepentingan ketenteraan Rusia.
Pihak yang paling untung dalam situasi ini adalah Israel.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager