JABATAN KESIHATAN PAHANG SIASAT KEMATIAN KANAK-KANAK LELAKI OKU
Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) memberi jaminan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan yang tular di media sosial hari ini.
KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) memberi jaminan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan yang tular di media sosial hari ini.
Pengarah JKNP Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata punca kematian kanak-kanak itu yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penyakit lewat perkembangan dan congenital laryngomalacia juga masih dalam siasatan.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada 9.34 pagi hari ini selepas lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh bermula 12 Julai lepas.
“Kanak-kanak itu pada mulanya dibawa warisnya ke Klinik Kesihatan Lurah Bilut di Bentong pada 11.30 pagi 12 Julai dengan gejala cirit-birit yang didakwa bermula sehari sebelumnya.
“Berdasarkan dokumentasi di klinik didapati pemeriksaan fizikal adalah normal dan tiada tanda pesakit mengalami dehidrasi dan telah dibenarkan pulang dengan rawatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Dr Nor Azimi berkata waris kanak-kanak itu bagaimanapun telah membawanya ke klinik swasta pada hari sama dan diberi surat rujukan ke hospital, menyebabkan kanak-kanak itu dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Bentong pada 4.20 petang 12 Julai lepas.
Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke HoSHAS pada hari yang sama sebelum keadaan menjadi semakin kritikal selepas lima hari rawatan.
“Jabatan ini akan membuat siasatan dan mengambil tindakan lanjut. JKNP sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan perubatan kepada pesakit terjamin,” katanya.
Terdahulu, status seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut tular di media sosial, meluahkan rasa marah dan terkilan terhadap rawatan diterima anaknya di sebuah fasiliti kesihatan kerajaan di Bentong.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked