Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH KERETA

DALAM NEGARA

DUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH KERETA

Dua penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Pulau Gadong dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi hari ini.

MELAKA: Dua penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Pulau Gadong dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa Nurul Rahimah Abdul Samad, 32, dari Taman Jati Indah dan Iman Nur Azrin Noriman, 18, dari Taman Bertam Ria meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta yang berasal dari Pekan Nyalas, Jasin cedera ringan di bahagian muka.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal terbabit, menyebabkan kedua-dua penunggang tercampak beberapa meter sebelum maut di tempat kejadian.

“Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan berikutan tiada saksi tampil memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading