Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KENYATAAN SANUSI: SULTAN SELANGOR ANGGAP PERKARA ITU BELUM SELESAI

DALAM NEGARA

KENYATAAN SANUSI: SULTAN SELANGOR ANGGAP PERKARA ITU BELUM SELESAI

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah perkara berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap menghina Institusi Diraja Selangor, masih belum selesai. 

Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah perkara berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap menghina Institusi Diraja Selangor, masih belum selesai. 

Titah baginda itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Hantaran Facebook Selangor Royal Office itu turut menyebut Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Pertemuan secara berasingan itu membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah itu dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina Institusi Diraja Selangor.

Sabtu lepas Muhammad Sanusi mengemukakan permohonan ampun kepada Sultan Sharafuddin berhubung kenyataan yang dianggap ramai umpama mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar.

Sebelum itu Muhammad Sanusi dalam video ucapannya yang tular membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Susulan itu pelbagai pihak tampil membuat laporan polis mengenainya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading