BEKAS PENYAMPAI RADIO ISMAHALIL BEBAS TUDUHAN EDAR DADAH
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah menangis dan melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah (kiri) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dua tahun lalu. – Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah menangis dan melakukan sujud syukur selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ismahalil, 50, di akhir kes pembelaan.
“Pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh (Ismahalil) mempunyai kawalan dan milikan terhadap dadah dalam sebuah beg yang berada dalam sebuah bilik di rumah sewanya.
“Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh mengedar dadah tersebut. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut,” kata hakim itu.
Ismahalil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata saksi pendakwaan keempat (pegawai penyiasat) tidak menyiasat siapa yang mempunyai akses kepada sebuah bilik dalam rumah sewa tersebut selain tidak mengetahui bilik berkenaan adalah bilik penyampai radio yang bertugas di konti.
“Saya menerima keterangan tertuduh bahawa bilik tersebut boleh diakses oleh penyampai radio lain, kru, pengurusan kedai dan para tetamu Bapakku FM (yang beroperasi dalam rumah berkenaan). Keterangan tertuduh itu disokong oleh keterangan empat saksi pembelaan.
“Bukan tertuduh sahaja yang mempunyai akses ke atas bilik tersebut sebaliknya individu lain juga mempunyai akses ke atas bilik itu. Sehubungan itu, bukan tertuduh sahaja yang mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah yang dijumpai dalam bilik itu, individu lain juga mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah di dalam bilik tersebut,” katanya.
Menurut Muhammad Jamil, saksi pendakwaan kelima (pegawai polis) turut mengesahkan tiada apa-apa barang peribadi tertuduh dalam beg berisi dadah itu dan tiada keterangan menunjukkan beg tersebut mempunyai kaitan dengan tertuduh.
“Pembelaan tertuduh dan keterangan empat saksi pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah berhubung jagaan dan kawalan tertuduh ke atas dadah tersebut,” katanya.
Ismahalil turut melaungkan ‘Allahuakbar’ manakala ahli keluarganya yang berada di galeri awam dilihat menangis selepas mahkamah memberikan keputusan.
Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli.
Sementara itu, Ismahalil ketika ditemui pemberita berkata pembebasannya adalah kerana kebenaran, kasih sayang Allah dan doa keluarga serta sahabat-sahabatnya.
“Hampir dua tahun saya di penjara, hari ini saya dapat rasa kebebasan dan mahu jumpa mak, isteri serta anak saya. Banyak sangat saya belajar sepanjang tempoh tersebut.
“Saya akan kembali dengan nafas baharu sebagai penyampai radio di Bapakku FM dan Alhamdulillah saya boleh jadi wali kepada anak saya yang akan berkahwin pada Oktober ini,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests