JADI MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA: WANITA OKU MENTAL MOHON BANTUAN RUMAH, BILIK SEWA MURAH
Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, yang mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, memohon bantuan mana-mana pihak untuk menyediakan rumah atau bilik pada harga murah kerana sudah tidak sanggup tinggal bersama suaminya.
IPOH: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, yang mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, memohon bantuan mana-mana pihak untuk menyediakan rumah atau bilik pada harga murah kerana sudah tidak sanggup tinggal bersama suaminya.
Mangsa, 36, yang hanya ingin dikenali sebagai W, berkata dia berkenalan dengan suaminya, 40, melalui segmen kenalan di majalah dan berumah tangga pada 2014.
“Semuanya tidak seindah yang disangka apabila suami saya mula menunjukkan sisi gelapnya dua minggu selepas perkahwinan dengan perlakuan membuang dan mencampak barang di dalam rumah serta memukul saya.
“Kini, saya mendapat bantuan bayaran sewa rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450… saya ingin keluar dari rumah ini serta memulakan hidup baru dan memohon bantuan orang ramai yang sudi menawarkan rumah atau bilik pada harga yang rendah kepada kami,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Lebih memilukan, emak W yang berusia 62 tahun dan berkerusi roda selepas kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis turut menjadi mangsa dera apabila lelaki itu ingin melepaskan kemarahan.
“Dia mencampakkan kerusi roda ke arah saya dan emak sehingga mendapat perhatian jiran… mereka kemudian menelefon ambulans dan membawa kami ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
“Saya tidak pernah membuat laporan polis sehinggalah jururawat yang merawat saya dan emak melakukannya kerana merasakan kami telah didera,” katanya.
Wanita itu berkata suaminya sudah tiga kali ditahan polis namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata isu itu perlu diberi keutamaan oleh semua pihak serta perlu segera dilaporkan agar tidak berlanjutan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.