JAGA DISIPLIN, NAMA BAIK MALAYSIA KETIKA DI TANAH SUCI
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan mengekalkan nama baik negara ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
SEPANG: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan mengekalkan nama baik negara ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
“Orang Melayu Islam terutamanya memang terkenal dengan disiplin, atas dasar tersebut saya nasihatkan tuan puan untuk kekalkan disiplin, kekalkan nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci agar tidak menjejaskan imej negara dan hubungan baik negara dengan Arab Saudi,” katanya ketika berucap pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Musim Haji 1444 Hijrah di sini hari ini.
Beliau kemudiannya bersalam dengan sebahagian daripada 356 bakal jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah menerusi penerbangan SV5669 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.35 petang ini.
Mohd Na’im turut mengingatkan jemaah haji supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan mengikuti arahan Tabung Haji serta fokus kepada ibadat untuk memperoleh haji mabrur.
Beliau turut menekankan kepentingan bertoleransi dan mengamalkan sifat sabar sesama jemaah haji yang terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam dan warna kulit serta tidak mensia-siakan peluang beribadah di Tanah Suci.
Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei dan penerbangan terakhir adalah pada 21 Jun depan, manakala jemaah haji akan beransur pulang ke tanah air bermula 6 Julai dan penerbangan pulang terakhir adalah pada 2 Ogos 2023.
Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia yang membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 bagi 2022.
Hari Wuquf iaitu 9 Zulhijah tahun ini dijangka jatuh pada Selasa iaitu 27 Jun.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked