JAIS SIASAT MUHAMMAD SAJJAD

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat seorang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Dalam kenyataan Unit Korporat JAIS, pihak berkuasa agama itu telah mendapat beberapa aduan berkenaan tindakan Muhammad Sajjad di Selangor pada 2018 dan tahun lepas mengenai perlakuan individu tersebut.

Tambah JAIS, siasatan dilakukan ke atas usahawan tersebut turut mengambil maklum mengenai satu video yang ditularkan olehnya sendiri, berkaitan insiden melibatkan dirinya serta beberapa anggota penguat kuasa jabatan berkenaan baru-baru ini.

“Sajjad (Muhammad Sajjad) telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.

“Pegawai penguat kuasa JAIS yang berkaitan juga telah dipanggil memberikan keterangan mengenai laporan yang dibuat (Muhammad Sajjad),” menurut kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan pendedahan Muhammad Sajjad yang mendakwa mendapat layanan tidak wajar daripada penguat kuasa JAIS sebelum ini.–AlHijrah Online

Leave a Reply