Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM, AGENSI PENGUAT KUASA DIMINTA BANTERAS ALIRAN YANG MENYIMPANG HINGGA KE AKAR UMBI – PM

DALAM NEGARA

JAKIM, AGENSI PENGUAT KUASA DIMINTA BANTERAS ALIRAN YANG MENYIMPANG HINGGA KE AKAR UMBI – PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi penguat kuasa diminta untuk menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang dari ajaran Islam sehingga ke akar umbi.

Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pegawai tertinggi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia. — PMO

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi penguat kuasa diminta untuk menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang dari ajaran Islam sehingga ke akar umbi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI mengambil serius perkara itu yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia. 

Penegasan perdana menteri di laman media sosialnya itu dibuat selepas pertemuan bersama pegawai tertinggi JAKIM hari ini untuk berbincang beberapa perkara terkait hal ehwal Islam di Malaysia.

“Platform ini penting mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia.

“Pertemuan ini turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jaamah, justeru menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Malaysia dilindungi daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat Islam. 

Antara yang hadir dalam pertemuan bersama perdana menteri petang ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading