BEKAS PENGASUH DIPENJARA 14 BULAN, PAKSA, SUAP ANAK ASUHAN MAKAN DENGAN KASAR
Berdasarkan fakta kes, semasa ibu mangsa mengambil anaknya di taska berkenaan, seorang guru wanita di taska itu mengadu bahawa tertuduh dikenali sebagai ‘Anne’ telah memaksa serta menyuap kanak-kanak itu dengan cara kasar selepas mangsa enggan makan dengan turut menunjukkan rakaman video kejadian itu yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya.
KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan ke atas seorang bekas pengasuh kerana mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lima bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, empat bulan lepas.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu ke atas Nor A’in Ismail, 24, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada prosiding jatuh hukum hari ini.
“Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini dan dikenakan bon berkelakuan baik dengan jaminan RM2,000 tanpa cagaran selama tiga tahun selain melaksanakan khidmat masyarakat selama 120 jam selepas selesai menjalani hukuman,” kata hakim.
Sebaik keputusan dibacakan tertuduh yang berjubah hitam, dilihat menangis dan memeluk suaminya yang turut hadir di kamar mahkamah.
Pada 6 Jun lepas, Nor A’in mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak berusia setahun lima bulan di sebuah taska di Bandar Mahkota Cheras di sini pada 4.15 petang 28 Mei, mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, semasa ibu mangsa mengambil anaknya di taska berkenaan, seorang guru wanita di taska itu mengadu bahawa tertuduh dikenali sebagai ‘Anne’ telah memaksa serta menyuap kanak-kanak itu dengan cara kasar selepas mangsa enggan makan dengan turut menunjukkan rakaman video kejadian itu yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya.
Sebelum itu, bapa mangsa mendapati terdapat kesan luka kecil pada bahagian luar hidung anaknya menyebabkan ibu bapa mangsa telah pergi ke taska berkenaan untuk meminta pemiliknya memulangkan semula deposit yuran.
Semasa rayuan terhadap hukuman, peguam S.Priyalatha mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman denda tanpa penjara kerana anak guamnya baru melahirkan anak perempuan yang kini berusia dua bulan dan anaknya itu mempunyai masalah jantung berlubang.
“Tertuduh yang kini suri rumah mempunyai kanser tiroid tahap dua dan menerima rawatan di Hospital Putrajaya serta Institut Kanser Negara.
“Semasa kejadian, tertuduh mengandung tujuh bulan dan ketika itu dia mengalami “mood swing”. Tertuduh memohon maaf kepada keluarga mangsa serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama,” kata peguam itu
.Timbalan Pendakwa Raya Faelly Jeffrey Lanjungan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh, pemilik dan pekerja yang terlibat dalam pengurusan taska.
Menurut Faelly, dalam kes itu mangsa ialah kanak-kanak yang tidak boleh berkata-kata dan melindungi diri sendiri, namun terdapat saksi mata melihat kejadian penderaan itu yang boleh mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
“Sekiranya kanak-kanak tersebut adalah anak kita sendiri dan diperlakukan seperti itu di bawah penjagaan pengasuh yang telah diberikan kepercayaan untuk menjaga kanak-kanak tersebut, apakah perasaan kita sebagai ibu bapa dan apa hukuman yang sesuai diberikan?
“Mangsa dalam kes ini telah dihantar ke taska pengasuh untuk dijaga dan bukannya untuk diambil kesempatan dan didera oleh pengasuh,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests