Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SSM SEMAK PENDAFTARAN SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT GISBH – ARMIZAN

DALAM NEGARA

SSM SEMAK PENDAFTARAN SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT GISBH – ARMIZAN

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyemak semua pendaftaran syarikat induk dan anak-anak syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Beberapa premis perniagaan yang dipercayai berada di bawah pengelolaan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH). – Bernama

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyemak semua pendaftaran syarikat induk dan anak-anak syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata semakan sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), termasuk pematuhan terhadap penghantaran laporan tahunan dan penyata kewangan serta segala yang berkaitan.

Beliau berkata syarikat terbabit berdepan pembatalan sekiranya melanggar kepentingan awam dan peraturan semasa.

“Di peringkat KPDN kita melihat di bawah akta kawal selia SSM, kita juga bekerjasama rapat dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi membantu melengkapkan siasatan terhadap GISBH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Menara SSM Perak di sini hari ini.

Terdahulu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian menara berkenaan.

Armizan berkata KPDN juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memantau promosi produk berkaitan GISBH secara dalam talian atau medium lain.

Beliau berkata sekiranya terdapat ketidakpatuhan, kementerian itu akan membuat laporan rasmi kepada MCMC supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini berkata setakat ini MCMC tidak menerima sebarang aduan berhubung produk perniagaan GISBH, yang dipasarkan di platform media sosial.

Beliau berkata isu berkaitan pengawasan perniagaan dan produk tersebut berada di bawah tanggungjawab KPDN. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading