Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting, supaya mereka tidak merasakan perbuatan itu begitu mudah dilakukan sewenang-wenangnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H berhubung isu itu, sudah tiba masanya untuk penguatkuasa sama ada pihak pengurusan agama atau polis, bertindak tegas dalam menanganinya.
“Saya akan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengadakan perbincangan dengan jabatan agama Islam negeri, khususnya bahagian penguatkuasaan untuk melihat dan bertindak secara bersama untuk menangani isu berkaitan dengan penyebaran ajaran sesat,” katanya kepada media selepas majlis sambutan Maal Hijrah, di sini, hari ini.
Mohd Na’im berkata bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, beliau akan menghadap Seri Paduka Baginda dalam masa terdekat untuk mendapat perincian mengenai jawatankuasa khas yang perlu ditubuhkan bagi menangani isu penyebaran kandungan ajaran sesat.
Selain itu beliau berkata titah Seri Paduka Baginda mengenai keperluan pusat rujukan agama untuk menyebarkan ilmu dan maklumat tepat, merupakan langkah penting ekoran cabaran kebanjiran maklumat melalui media sosial yang sukar dikawal.
“Perkara itu akan dibincangkan dengan JAKIM iaitu agensi agama peringkat Persekutuan yang melaraskan isu berkaitan agama. Memandangkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya pusat (rujukan agama) itu diwujudkan, kita akan lihat bagaimana pusat itu boleh dibentuk,” katanya.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dalam titah Seri Paduka Baginda menggesa supaya tindakan penguatkuasaan ditingkatkan terhadap kandungan ajaran sesat, dan sebuah pusat rujukan agama disediakan untuk penyebaran ilmu dan maklumat tepat.
Mohd Na’im berkata beliau menyokong titah Yang di-Pertuan Agong yang mengajak rakyat khususnya pengguna media sosial menjaga akhlak dan bahasa dalam menggunakan platform itu untuk manfaat dan bukannya untuk jalan keburukan.
“Jadi sama-sama kita menjunjung titah (Seri Paduka Baginda) untuk menggunakan platform media sosial dengan cara baik, menghormati sesama kita dan membina perpaduan serta kasih sayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.
Terdahulu Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Turut hadir Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.
Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah “Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI” yang merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan juga tema yang signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked