JALAN KAKI DARI PERAK KE MAKKAH, LELAKI KUDUNG TANGAN SELAMAT TUNAI UMRAH

KUALA LUMPUR: Lelaki kudung tangan kiri yang nekad berjalan kaki dari Perak ke Makkah selamat menunaikan ibadah umrah, semalam.

Herry Nizam Saleh, 42, yang kisah kegigihannya tular di aplikasi TikTok mendedahkan bahawa dirinya menerima tiket penerbangan percuma ke Jeddah.

Jelasnya, dia menerima tawaran itu kerana tidak mahu menghampakan niat individu yang membelikan tiket penerbangan bagi membantu misinya untuk berjalan kaki ke Jeddah.

Difahamkan lelaki itu memulakan pengembaraannya pada 24 April lalu dari Bidor, Perak merentasi 12 negara bermula dari Thailand hingga ke Arab Saudi.

Sementara itu, seorang jemaah umrah Malaysia dikenali sebagai Jalil Razak telah memuat naik video bersama Herry di hadapan Kaabah di Masjidil Haram.

“Untuk pengetahuan, abang yang jalan kaki dari Malaysia ke Makkah dah sampai dah,” katanya.—AlHijrah Online

Leave a Reply