Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI MAUT JATUH BANGUNAN HOTEL

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI MAUT JATUH BANGUNAN HOTEL

Sepasang suami isteri ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 20 bangunan hotel di Genting Highlands di sini, Selasa lalu.

Anggota polis membawa mayat suami isteri ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan.- Foto ihsan Polis

BENTONG: Sepasang suami isteri ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 20 bangunan hotel di Genting Highlands di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.46 malam, 16 Mei lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati suami isteri berkenaan masing-masing berusia 37 tahun dari Taiping, Perak, datang ke Genting Highlands pada 11 Mei lalu dan mendaftar masuk di sebuah bilik hotel di Genting Highlands.

“Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan mendapati bermula dari tarikh kedua-dua mangsa mendaftar sehingga tarikh kejadian didapati tiada sesiapa melainkan mereka keluar masuk bilik terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, pemeriksaan dilakukan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes terbabit.
“Berdasarkan hasil laporan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian lelaki terbabit adalah ‘massive hemothorex’ manakala isterinya pula disebabkan kecederaan parah di kepala.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 untuk tindakan lanjut,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading