PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini meminta pihak pembangkang tidak mempolitikan isu pembelian tanah Kampung Baru untuk menggagalkan usaha pembangunan semula kawasan penempatan di ibu kota itu.
Beliau berkata pembangunan semula Kampung Baru adalah untuk kepentingan penduduknya juga, di mana kerajaan berharap dapat menonjolkan penempatan masyarakat Melayu yang moden, selesa dan maju pada dunia.
“Jangan main poiltik dalam soal ini. Kita ambil kira kepentingan masyarakat Melayu dan Islam, dan tak nak tinggalkan keadaan di mana satu bandar telah dibangunkan, tetapi Kampung Baru kekal dalam keadaan sebegitu,” katanya selepas majlis penyerahan watikah pelantikan 12 ahli bagi Lembaga Rayuan (Perancangan) dan Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Khalid pada Sabtu lepas berkata kerajaan menawarkan kadar RM850 sekaki persegi, sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula Kampung Baru dan ia merupakan kadar tertinggi dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Khalid menyelar pembangkang yang ketika menjadi kerajaan dahulu menawarkan kadar RM300 sekaki persegi, namun kini membuat kenyataan bahawa kadar RM850 sekaki persegi terlalu rendah.
Beliau turut meminta penduduk Kampung Baru tidak mendengar hasutan pihak yang tidak mahu pembangunan semula itu berjalan.
Menurutnya, pembangunan Kampung Baru melibatkan 45,000 unit kediaman di mana 50 peratus daripadanya ditetapkan untuk pembinaan rumah mampu milik.
Sementara itu, Khalid berkata fungsi dan peranan dua entiti iaitu Lembaga Rayuan (Perancangan) dan Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan dihidupkan semula, bagi menambah nilai dan mengukuhkan sistem serta tadbir urus perancangan bandar di Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur.
Menurutya, kedua-dua entiti itu telah wujud sebelum ini, namun ia tidak dimanfaatkan dan berperanan secara aktif dalam melengkapkan sistem dan tadbir urus perancangan, khususnya di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya pihak kementerian mengambil langkah proaktif menggerakkan semula dan mengemaskini fungsi dan peranan kedua-dua entiti tersebut, selaras dengan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) bermula pertengahan tahun lepas, bagi mengambil kira cabaran dan isu perbandaran.
Dalam kawasan DBKL, sejumlah 59 kes rayuan telah didaftarkan, dan sesi pendengaran dan perbicaraan pertama akan berlangsung pada 1 dan 2 Okt ini di Mahkamah Kuala Lumpur, katanya.
Lembaga Rayuan (Perancangan) akan bertindak seperti ‘mahkamah perancangan’ bagi mendengar dan mempertimbangkan kes berkaitan perancangan bandar dan menjadi platform memudahkan pihak yang terkilan mengemukakan rayuan, apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancangan tempatan, katanya.
Lembaga Penasihat Perancangan pula, berperanan sebagai platform rasmi bagi memastikan dasar dan keutamaan yang digariskan Kementerian Wilayah Persekutuan dari segi pembangunan fizikal, alam sekitar, sosial dan ekonomi diterjemahkan dalam sistem dan proses perancangan bandar di Kuala Lumpur.
“Ia amat tepat pada masanya ketika kita sedang wartakan pelan Kuala Lumpur 2020-2040. Inilah masanya untuk kita dapatkan semua pandangan dan nasihat, khususnya daripada golongan profesional terhadap perancangan pembangunan Kuala Lumpur 2040, boleh kita perolehi dan ambil kira dalam perancangan kita,” katanya. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests