Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN TERPERDAYA AKAUN TIKTOK PALSU TENGKU AMPUAN PAHANG

DALAM NEGARA

JANGAN TERPERDAYA AKAUN TIKTOK PALSU TENGKU AMPUAN PAHANG

Orang ramai diminta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama ‘Tengku Ampuan Pahang’ yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah.

Sumber: FB Kesultanan Pahang

KUANTAN: Orang ramai diminta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama ‘Tengku Ampuan Pahang’ yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah.

“Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di aplikasi Instagram, namun ia bersifat peribadi,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini. 

Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan satu akaun sah di laman Facebook Kesultanan Pahang dengan kira-kira 728,000 pengikut.

Platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang, manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading