Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Jenazah Morsi tidak dibenarkan dikebumi di kampung halaman

DUNIA

Jenazah Morsi tidak dibenarkan dikebumi di kampung halaman

KAHERAH, 19 Jun – Jenazah bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang meninggal dunia di mahkamah, dikebumikan di Kaherah semalam, kata anak lelakinya.

Menerusi laman Facebook, anak Morsi, Ahmed berkata, jenazah bapanya dikebumikan awal pagi semalam di tanah perkuburan awam Al-Wafaa Wa Al-Amal, bandar Nasr, timur Kaherah di sisi tokoh kanan gerakan Ikhwanul Muslimin yang lain.

Difahamkan, pengebumian Morsi hanya dihadiri ahli keluarga terdekat selepas pihak berkuasa enggan memberi kebenaran pengebumian di kampung halamannya di wilayah Sharqiya, terletak di Delta Nil.

“Kami memandikan jenazahnya di hospital Penjara Tora dan melakukan solat jenazah, pengebumian dijalankan dengan bimbingan Ikhwanul Islam,” kata Ahmed.

Peguam Morsi, Abdel Moneim Abdel Maksoud mengesahkan pengebumian dijalankan di tanah perkuburan awam tersebut.

Morsi, yang merupakan tokoh terkenal dalam gerakan Ikhwanul Muslimin menjadi Presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik pada tahun 2012, setahun selepas Arab Spring yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading