Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH NURUL NAZIHAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

DALAM NEGARA

JENAZAH NURUL NAZIHAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

KOTA TINGGI: Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, di sini pada kira-kira 3.40 petang tadi.

Kamalul Arifin Ahmad (duduk depan tiga, kiri) , 66, bersama ahli keluarga terdekat mendengar bacaan talkin di pusara anaknya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di KM45.7 PLUS arah selatan dekat Sedenak, semalam. – Bernama

KOTA TINGGI: Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, di sini pada kira-kira 3.40 petang tadi.

Lebih 100 ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai membanjiri kawasan tanah perkuburan tersebut bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Suasana sayu dan hiba dapat dilihat apabila van yang membawa jenazah memasuki kawasan perkuburan pada 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Batu Empat, di sini sebelum dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Lukut.

Redzuan Jamil (dua, kanan), 28, menerima ucapan takziah daripada saudara terdekat selepas selesai upacara pengkebumian isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin. — Bernama

Tinjauan Bernama di rumah keluarga mangsa di kampung berkenaan sejak pagi tadi, mendapati ia dipenuhi dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran yang menunggu ketibaan Allahyarham.

Semalam, Nurul Nazihah, 28,  bersama seorang individu lagi yang belum dikenal pasti identitinya, dilaporkan maut manakala empat terselamat dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan berdekatan Sedenak pada 7.47 malam.

Wanita itu ditemukan tersepit dalam Proton Wira yang dinaikinya, manakala seorang lagi mangsa dalam Toyota Vios. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading