Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI KECIL MELANDA TABUK

DALAM NEGARA

GEMPA BUMI KECIL MELANDA TABUK

Pusat Amaran Geologi merekodkan gempa bumi berukuran 3.38 skala Richter pada jam 10.46 malam Ahad pada jarak 8 km barat laut Tabuk di kedalaman 19.37 km.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kajian Geologi Saudi (SGS) menyatakan bahawa gempa bumi berukuran 3.38 pada skala Richter direkodkan di wilayah barat laut Tabuk pada Ahad, lapor Saudi Gazette.

Tariq Aba Al-Khail, jurucakap SGS berkata stesen Rangkaian Pemantauan Seismik Kebangsaan di Pusat Amaran Geologi di bawah SGS, merekodkan gempa bumi berlaku pada jam 10.46 malam Ahad pada jarak 8 km barat laut Tabuk di kedalaman 19.37 km.

Beliau berkata, gempa bumi itu berpunca daripada tekanan tektonik dari Teluk Aqaba dan utara Laut Merah, yang membawa kepada pengaktifan semula beberapa pergeseran di rantau itu.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa gempa bumi itu lemah pada skala Richter dari segi magnitud seismik dan bukan berbahaya. Jurucakap itu juga berkata bahawa stesen pemantauan seismik di SGS tidak merekodkan sebarang gegaran susulan.

Tabuk merupakan wilayah di Arab Saudi yang terletak di pesisir barat laut negara itu, sekitar 1,000 kilometer dari Makkah Al Mukarramah.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading