Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT, DUA TERSEPIT DALAM NAHAS KENDERAAN DI JENGKA

DALAM NEGARA

WANITA MAUT, DUA TERSEPIT DALAM NAHAS KENDERAAN DI JENGKA

Mangsa maut merupakan seorang wanita dewasa, selain dua lagi tersepit dalam kenderaan dan lima lelaki dewasa cedera.

JENGKA: Seorang maut sementara tujuh cedera dalam nahas empat buah kenderaan di jalan utama Jengka 19, di sini malam tadi.

Mangsa maut merupakan seorang wanita dewasa, selain dua lagi tersepit dalam kenderaan dan lima lelaki dewasa cedera.

Kemalangan melibatkan tiga buah kereta iaitu jenis Perodua Bezza, Proton Persona, Saga BLM serta sebuah pacuan empat roda jenis Triton.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 8 malam sebelum dua pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Terdapat satu wanita dewasa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seorang lelaki dan wanita tersepit.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak ambulans selepas berjaya dikeluarkan untuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,” katanya malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading