Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH PASANGAN WARGA EMAS MANGSA BUNUH DIKEBUMI DALAM SATU LIANG LAHAD

DALAM NEGARA

JENAZAH PASANGAN WARGA EMAS MANGSA BUNUH DIKEBUMI DALAM SATU LIANG LAHAD

Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala, Petaling Jaya, malam tadi.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala, di sini malam tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham  Agus Omar, 82 dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72 dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah di sini sebelum tiba di tanah perkuburan berkenaan pada jam 9.15 malam.

Seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan jiran hadir ke pengebumian berkenaan yang selesai jam 9.40 malam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan ditemukan terbaring  berlumuran darah di ruang tamu mereka di Kampung Sungai Penchala, akibat ditikam berkali-kali oleh anak lelakinya yang berusia 42 tahun.

Lelaki itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira jam 10.30 malam yang sama di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah selain mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

Suspek diremah selama tujuh hari bermula Ahad mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading