PERCUBAAN ‘TEBUK ATAP’ AKAN GAGAL, KERAJAAN PERPADUAN ADA ‘BUMBUNG KONKRIT’ – ANWAR
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata percubaan terdesak pembangkang untuk langkah ‘tebuk atap’ tidak akan berjaya kerana Kerajaan Perpaduan yang diterajui 18 parti komponen mempunyai ‘bumbung yang konkrit’.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata percubaan terdesak pembangkang untuk langkah ‘tebuk atap’ tidak akan berjaya kerana Kerajaan Perpaduan yang diterajui 18 parti komponen mempunyai ‘bumbung yang konkrit’.
Sepanjang setahun menerajui kerajaan, Perdana Menteri mengakui tidak pernah sekali pun berlaku pertelagahan disebabkan perbezaan dasar parti masing-masing.
“Bumbung kita bumbung konkrit. Sekarang ini di Putrajaya tidak ada tebuk atap.
“Percubaan tebuk atap ni, ada yang kata Ogos tetapi saya fikir kita ada kekuatan. Saya dalam Jemaah Menteri belum ada sekali pun pertelagahan atas nama perbezaan parti, perbezaan pendapat masing-masing ada,” katanya pada sesi dialog Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Sesi itu turut disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Anwar berkata berdasarkan kekuatan parti-parti komponen, kerajaan akan memberikan tumpuan penuh untuk mengangkat Malaysia sebagai negara maju dan hebat di rantau ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata pandangan masyarakat bahawa beliau bekerja sendirian untuk menguruskan negara, adalah tidak benar dan ia adalah persepsi yang perlu diubah.
Katanya setiap Jemaah Menteri memainkan peranan penting dalam mengemudi kementerian masing-masing dan beliau sendiri tidak terlibat secara langsung.
“…itu sebab kita adakan pameran ini (Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI) supaya dilihat peranan setiap kementerian. Kita bermesyuarat setiap minggu, tentang ekonomi, kewangan, KKR (Kementerian Kerja Raya), kesihatan, pendidikan, komoditi, MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri).
“Kalau tengok MITI, ratusan bilion, itu bukan kerja Anwar seorang, tidak mungkin… Itu maknanya menteri berkenaan (bekerja keras),” katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kesemua parti kekal memberikan dukungan penuh kepada Anwar untuk terus menerajui pimpinan Kerajaan MADANI.
“Malah dalam setiap mesyuarat, sekretariat memberikan laporan, jika pun terdapat perbezaan pandangan di akar umbi, maka itu bukan pendapat parti tetapi pendapat individu,” katanya.
Turut senada, Fadillah berkata kesemua parti komponen akan bersama-sama Kerajaan Perpaduan untuk bergerak maju mentadbir negara serta fokus kepada usaha meningkatkan kekuatan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
“Satu tahun dah kita capai, insya-Allah dalam empat tahun kita akan menjadi sebuah negara lebih makmur, kesejahteraan rakyat akan terpelihara. Berilah sokongan kepada kita, kita akan bekerja lebih keras lagi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager