JEPUN SEDIA BEKERJASAMA DENGAN MALAYSIA HULUR BANTUAN KEMANUSIAAN KE PALESTIN
Jepun hari ini menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TOKYO: Jepun hari ini menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam hantaran di Facebooknya Anwar berkata berkata perkara itu dinyatakan kepadanya dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida.
Beliau yang berada di sini untuk lawatan kerja tiga hari berkata bantuan itu meliputi aspek kesihatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan semula kawasan yang musnah.
Pertemuan itu menurutnya menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara, yang meliputi bidang pelaburan, perdagangan, teknologi tinggi, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar, pertahanan dan keselamatan, pembangunan keupayaan dan bakat serta pendidikan tinggi.
“Kami berdua juga turut menyentuh isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama termasuk konflik di Palestin yang mana saya sekali lagi menyatakan solidariti buat rakyat negara itu.
“Saya berharap agar hubungan dengan Jepun terus diperkasa sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Selain itu Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Jepun.
Antara syarikat yang terlibat adalah IHI Corporation, Nisshin OilliO Group Ltd., Tokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas, dan kerajaan turut memberi jaminan bahawa Malaysia kekal sebagai pilihan dan destinasi terbaik untuk membuat pelaburan.
“Saya tegaskan bahawa Malaysia punyai kestabilan dan ekosistem pelaburan yang kondusif bagi mana-mana syarikat merealisasikan pelaburan ke dalam negara,” katanya.
Antara peluang pelaburan di Malaysia yang dibincangkan merangkumi industri minyak dan gas, tenaga boleh baharu, hidrogen dan amonia, industri halal dan semikonduktor.
Sehingga tahun 2023, sebanyak 2,810 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia, dengan nilai pelaburan berjumlah RM102.11 bilion (USD29.67 bilion), menyediakan 344,120 peluang pekerjaan.
Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia untuk sembilan tahun berturut-turut dan tahun lepas jumlah dagangan antara Malaysia dan Jepun bernilai RM156.64 bilion (US$34.39 bilion). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests