Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JOHOR BINCANG TINDAKAN DAN TARBIAH KE ATAS TRANSGENDER

DALAM NEGARA

JOHOR BINCANG TINDAKAN DAN TARBIAH KE ATAS TRANSGENDER

JOHOR BAHRU: Isu tindakan dan tarbiah transgender akan menjadi fokus Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam mesyuarat penuh badan itu pada 28 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi berkata perbincangan itu nanti akan melibatkan majlis fatwa negeri, dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

“Kita akan cuba bawa fokus sendiri dengan kerjasama pihak berkaitan seperti jawatankuasa pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

“Kita akan rancang bersama mufti Johor dan majlis fatwa dan sebarang keputusan akan diputuskan majlis fatwa negeri yang dipengerusikan mufti Johor,” katanya pada sidang media program pejabat wakil rakyat di Bandar Putra Kulai, Johor.

Pada 10 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan ‘lesen penuh’ kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan terhadap transgender.

Tindakan tersebut jelas Zulkifli boleh dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Zulkifli percaya langkah itu supaya golongan terbabit dapat kembali ke pangkal jalan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading