Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ILHAM PENJARAKAN SOSIAL, PERAK LANCAR PAWAGAM PANDU LALU PERTAMA

DALAM NEGARA

ILHAM PENJARAKAN SOSIAL, PERAK LANCAR PAWAGAM PANDU LALU PERTAMA

IPOH: Perak menjadi negeri pertama di Malaysia lancar pawagam pandu lalu dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive.

Bernama melaporkan, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pawagam yang terletak di Downtown Meru itu mempunyai kapasiti boleh memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu masa dan ia merupakan inisiatif Perak Corporation Berhad (PCB).

“Saya memperoleh ilham untuk mewujudkan panggung wayang pandu masuk ini daripada pengalaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kita diarahkan mematuhi penjarakan sosial.

“Pengenalan pawagam ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19 dan diharapkan dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Ipoh,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif PCB Zainal Iskandar Ismail berkata orang ramai boleh membuat tempahan tiket tayangan filem yang dikenakan bayaran antara RM36 hingga RM42 bagi setiap kenderaan dengan set snek serta minuman secara dalam talian di laman web http://www.sini-drive.com.my.

“Satu frekuensi khas akan diberi kepada penonton yang audio tayangan filem berkenaan dapat didengar terus dari radio kenderaan masing-masing.

“Kami bercadang untuk membuka panggung wayang pandu masuk ini di tempat lain seperti Kuala Kangsar dan Kampar sekiranya ia mendapat sambutan,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading