Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JOHOR KURANGKAN JARAK FIZIKAL ANTARA JEMAAH

DALAM NEGARA

JOHOR KURANGKAN JARAK FIZIKAL ANTARA JEMAAH

JOHOR BAHRU: Ketetapan penjarakan fizikal antara jemaah bagi solat Jumaat dan solat lima waktu dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter di masjid dan surau di Johor.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor memaklumkan dalam satu kenyataan hari ini, ketetapan yang berkuat kuasa bermula Jumaat ini, sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Menurut kenyataan itu, solat hajat perlu dilaksanakan selepas solat Maghrib setiap hari dan selepas solat Jumaat setiap minggu di masjid dan surau negeri ini bagi memohon kesejahteraan buat negeri dan negara daripada segala musibah dan wabak penyakit.

“Program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama ditambah daripada tempoh masa satu jam kepada tempoh tidak melebihi dua jam.

“Qunut Nazilah hendaklah dibaca dalam solat Jumaat setiap minggu di seluruh negeri.

“Ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan surau perlu terus memastikan jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” memetik kenyataan tersebut.

Menjelas lanjut, jemaah yang hadir perlulah mematuhi SOP itu termasuk memakai pelitup muka, lengkap dua dos vaksin, membawa sejadah berukuran besar dan memastikan tidak bergejala.

Kenyataan media itu ditandatangani Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Mad Rofiki Samsudin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading