JOHOR NEGERI TERBAHARU FATWAKAN GISBH SESAT, MENYELEWENG
Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
BATU PAHAT: Johor menjadi negeri terbaharu memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata keputusan ini dicapai setelah mendapati gerakan GISBH sememangnya bercanggah dengan ajaran dan menyeleweng daripada akidah Islam.
Beliau berkata keputusan pengharaman itu sudah dipersembahkan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan kini dalam peringkat pewartaan sekali gus membolehkan proses penguatkuasaan dapat dilakukan dalam masa terdekat.
“Masyarakat perlu diberi penerangan supaya tidak terlibat ajaran ini dan kita adakan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memantau ajaran ini yang dikhuatiri disebarkan dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini hari ini.
Sementara itu, Yahya memberikan peringatan fatwa pengharaman ajaran Qadiani yang dikeluarkan pada 1960-an masih berkuat kuasa, berikutan adanya cubaan menghidupkan semula ajaran itu baru-baru ini dan kerajaan negeri akan memastikan kedua-dua fahaman berkenaan dibendung daripada terus berkembang.
“Ajaran Qadiani yang diasaskan Mirza Ghulam Ahmad dari India adalah menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam…ditetapkan melalui fatwa terhadap ajaran ini, orang Islam dalam negeri Johor yang mempercayai atau mengikutinya boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam.
“Selepas ini, mana-mana mereka yang terbabit dengan fahaman ini kita akan ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager