SULTAN SHARAFUDDIN MAHU SEMUA PENCERAMAH DI SELANGOR MEMPUNYAI TAULIAH MAIS
SHAH ALAM: Jabatan Islam Selangor (JAIS) diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam terutamanya berkaitan akidah, syariah, pengajaran ilmu tasawuf serta pengamalan tarekat, mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
SHAH ALAM, 25 Nov — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah merasmikan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah “Ilmu Tasawuf Merungkai Masalah Ummah” di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, hari ini. — Bernama
SHAH ALAM: Jabatan Islam Selangor (JAIS) diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam terutamanya berkaitan akidah, syariah, pengajaran ilmu tasawuf serta pengamalan tarekat, mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah langkah ini penting bagi mengelakkan individu yang kurang memahami ilmu tersebut atau belajar daripada guru yang tidak berkelayakan menyebarkan fahaman yang tidak tepat kepada masyarakat.
“Beta melihat penyelesaian terhadap isu ini adalah dengan memberi kefahaman yang betul melalui usaha oleh agensi agama atau institusi-institusi yang terlibat dengan pengajaran Islam yang sebenar.
“Beta juga ingin mencadangkan agar diwujudkan panduan, silibus khas atau peraturan khusus mengenai pengamalan tasawuf dan tarekat di negeri Selangor. Beta yakin dengan kefahaman dan amalan yang benar, ia sudah pasti akan memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah ummah di negara ini,” titah baginda.
Sultan Selangor bertitah demikian pada majlis Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj “Ilmu Tasawuf Merungkai Masalah Ummah” yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.
Titah Sultan Sharafuddin usaha itu seiring dengan hasrat baginda untuk memastikan Selangor dan negara terus berkembang maju dan makmur dengan rakyatnya sentiasa hidup di dalam keadaan harmoni, bertolak ansur serta bersatu padu.
Sehubungan itu, Sultan Selangor menyokong tindakan proaktif pihak berkuasa agama mewujudkan undang-undang, pewartaan fatwa, enakmen dan panduan ajaran tasawuf serta tarekat di Selangor.
Baginda juga mahu tindakan penguatkuasaan terus ditingkatkan bagi mengekang fahaman ekstrem dan penularan ideologi sesat yang akan mencemar nama baik Islam di negara ini, khususnya Selangor.
Pada masa yang sama, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa amat dukacita apabila ada umat Islam yang tidak mempunyai kepakaran berkaitan hukum syarak mempersoal dan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Titah baginda, proses pembuatan sesuatu fatwa dilakukan dengan begitu teliti dengan mengambil pandangan daripada banyak pihak terutama daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan pakar-pakar hukum syarak sebelum ia diangkat bagi mendapat perkenan, seterusnya diwartakan.
“Oleh itu, beta menyeru agar segelintir umat Islam yang sering mempersoalkan tentang fatwa untuk memahami terlebih dahulu tentang sesuatu fatwa yang dikeluarkan dan merujuk kepada pihak berkuasa agama sekiranya terdapat apa-apa kekeliruan atau persoalan yang berbangkit,” titah baginda.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan melancarkan Jurnal Fatwa dan Falak Selangor (JUFFAS), Sistem Taudhih Al-Ahkam, serta Sistem e-Falak Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
JUFFAS berfungsi sebagai wadah penerbitan ilmiah yang memuatkan kajian serta tulisan bagi memberikan perspektif baharu dalam merumuskan penyelesaian masalah ummah. Sistem Taudhih Al-Ahkam pula merupakan platform untuk masyarakat bertanya dan mendapatkan penjelasan tentang hukum syarak secara terus daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Aplikasi e-Falak pula memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat berkenaan arah kiblat yang tepat mengikut lokasi, waktu solat sebenar dan takwin hijrah yang betul. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests