Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JORDAN TIDAK BENARKAN PERANG SERANTAU BERLAKU DI WILAYAHNYA – RAJA ABDULLAH II

DUNIA

JORDAN TIDAK BENARKAN PERANG SERANTAU BERLAKU DI WILAYAHNYA – RAJA ABDULLAH II

Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera dan memberi amaran bahawa sebarang langkah peningkatan yang diambil Israel akan mengembangkan  lagi konflik di rantau itu. 

Raja Abdullah II -fotoAFP

ISTANBUL: Raja Jordan Raja Abdullah II menerima satu panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu, menurut The Royal Hashemite Court.

Panggilan telefon itu meliputi perkembangan terkini di rantau itu dan usaha untuk mengurangkan ketegangan dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza, menurut kenyataan The Royal Hashemite Court, lapor Agensi Anadolu.

Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera dan memberi amaran bahawa sebarang langkah peningkatan yang diambil Israel akan mengembangkan  lagi konflik di rantau itu. 

Baginda bertitah menamatkan serangan di Gaza dengan segera adalah langkah yang perlu bagi mengelakkan konflik itu daripada ‘’melimpah” ke rantau itu.

“Jordan tidak akan membenarkan perang di rantau ini berlaku di wilayahnya, dan mengingatkan akan kesan serangan Israel ke atas Gaza dan langkah unilateral di Tebing Barat,” katanya.

Raja Abdullah dalam titahnya menggesa perlindungan diberikan kepada orang awam di Gaza dan memastikan bekalan bantuan kemanusiaan disampaikan menerusi pelbagai saluran secara berterusan.   

The Royal Hashemite Court berkata perbincangan dalam perbualan telefon itu meliputi keperluan untuk mengekalkan koordinasi antara Jordan dan Amerika Syarikat dalam perkembangan serantau. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading