JPN BANTU ANAK YATIM PIATU PEROLEH SIJIL KELAHIRAN
Hasrat seorang nenek mahu melihat cucunya berusia lapan tahun bersekolah tercapai, setelah kanak-kanak yatim piatu itu menerima sijil kelahiran bukan warganegara daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.
PORT DICKSON: Hasrat seorang nenek mahu melihat cucunya berusia lapan tahun bersekolah tercapai, setelah kanak-kanak yatim piatu itu menerima sijil kelahiran bukan warganegara daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.
Sabariah Ahmad, 69, berkata cucunya, Muhammad Yusri merupakan anak kepada anaknya Osman Jaafar bersama warga Indonesia Wulandari Gustialam, namun pernikahan pasangan itu tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.
Katanya, hal itu menyukarkan pendaftaran sijil kelahiran Muhammad Yusri dan tindakan proaktif Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini amat memudahkan urusannya, sekali gus memastikan masa depan cucunya itu terjamin.
“Terima kasih JPN kerana menguruskan permohonan ini, pengurusan permohonan sijil kelahiran ini juga cepat kerana kerjasama semua pihak. Saya cuma mahu Yusri dapat bersekolah demi masa depannya…” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah JPN Zamri Misman yang menyerahkan sijil kelahiran (Daftar Lewat Kelahiran) bukan warganegara kepada Muhammad Yusri menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) itu.
Sabariah berkata Osman meninggal dunia pada 21 Mac lepas dan dua minggu sebelum itu, beliau sudah mengisi borang pendaftaran Muhammad Yusri namun tidak sempat dihantar ke JPN.
Katanya Osman meninggal dunia akibat serangan jantung manakala Wulandari yang menghidap penyakit buah pinggang meninggal dunia tahun lepas.
Nenek kepada 12 cucu itu telah mendapatkan khidmat guru tuisyen bagi memastikan Muhammad Yusri mendapat pendidikan.
Sementara itu Zamri berkata Muhammad Yusri tidak bersekolah kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dan kelahirannya juga tidak didaftarkan.
Beliau berkata semakan JPN mendapati kanak-kanak itu dilahirkan di rumah dan dibesarkan di Puchong, Selangor namun pernikahan ibu bapanya tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.
“JPN bertindak menghubungi waris Allahyarham bapa kepada Muhammad Yusri untuk membantu mendaftarkan kelahiran, hasil temu duga saksi berkenaan, Panel Jawatankuasa Permohonan Daftar Lewat Kelahiran JPN telah meluluskan permohonan itu,” katanya.
Zamri menasihatkan keluarga Muhammad Yusri supaya menguruskan proses pengambilan anak angkat terlebih dahulu sebelum memohon kewarganegaraan Malaysia untuk anak yatim itu.
Beliau memaklumkan JPN telah meluluskan sebanyak 10,245 daripada 14,557 permohonan Daftar Lewat Kelahiran bagi tempoh tahun 2022 hingga April ini.
Zamri turut menasihatkan orang awam supaya mendaftarkan setiap kelahiran pada tempoh ditetapkan dan perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang juga perlu didaftarkan semula di dalam negara bagi memastikan perkahwinan diiktiraf.
Katanya kegagalan mendaftar perkahwinan akan menimbulkan isu ketika proses pendaftaran kelahiran anak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests