Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUMLAH JEMAAH SOLAT TARAWIH IKUT KAPASITI MASJID DAN SURAU – JAWI

DALAM NEGARA

JUMLAH JEMAAH SOLAT TARAWIH IKUT KAPASITI MASJID DAN SURAU – JAWI

KUALA LUMPUR: Selepas pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berhubung kebenaran solat sunat tarawih, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengumumkan jumlah jemaah untuk ibadah itu dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, solat sunat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan bacaan surah-surah atau ayat-ayat pendek.

“Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Solat Sunat Tarawih. Tadarus al-Quran boleh dilaksanakan dengan jumlah peserta separuh atau 50 peratus dari kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Jamuan berbuka puasa atau iftar tidak dibenarkan tetapi jawatankuasa kariah digalakkan memberikan sumbangan berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan dan barisan hadapan (frontliner) secara berbungkus serta dihantar terus kepada penerima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya moreh turut tidak dibenarkan tetapi jawatankuasa kariah boleh menyediakan makanan secara berbungkus selepas tarawih untuk dibawa pulang oleh jemaah.

Selain itu, Mohd Ajib memaklumkan qiamullail boleh dilaksanakan 30 minit sebelum waktu imsak manakala pembayaran zakat fitrah secara manual atau pembayaran terus kepada amil dibenarkan di samping pembayaran secara dalam talian (online) atau kaedah yang ditetapkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kesemua ketetapan tersebut terpakai untuk semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading