Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUMLAH MISKIN TEGAR KELANTAN BERKURANGAN

DALAM NEGARA

JUMLAH MISKIN TEGAR KELANTAN BERKURANGAN

Jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang berdaftar dalam eKasih di Kelantan menyusut kepada 10,680 orang setakat Jun tahun ini, berbanding 21,001 dalam tempoh sama tahun lepas.

KUALA KRAI: Jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang berdaftar dalam eKasih di Kelantan menyusut kepada 10,680 orang setakat Jun tahun ini, berbanding 21,001 dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) Jasri Kasim berkata pengurangan itu dipengaruhi beberapa faktor termasuk pemulihan ekonomi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dua tahun lepas.

“Selain itu ia juga didorong oleh pemberian pelbagai bantuan kesejahteraan rakyat daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi menjana semula pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha di Klinik Kesihatan Pahi, di sini hari ini.

Pada program itu seramai 82 orang keluarga miskin tegar eKasih daerah Kuala Krai menerima daging segar sumbangan Bank Muamalat Malaysia Berhad dan bakul makanan daripada ICU JPM.

Jasri berkata daerah Kota Bharu mencatatkan jumlah KIR miskin tegar tertinggi iaitu sebanyak 2,092 orang diikuti Tumpat (1,385) dan Pasir Mas (1,310).

Mengenai Program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha, beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad mengambil inisiatif meraikan golongan itu sempena sambutan Aidiladha.

“Program itu adalah sebahagian daripada inisiatif I Care For You ICU JPM selaras agenda Malaysia MADANI dalam membantu dan menoktahkan kemiskinan di Malaysia khususnya Kelantan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading