JUMLAH WANITA DALAM BIDANG KEPIMPINAN DI ASEAN ADALAH RENDAH – LAPORAN
“Jawatan dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan adalah penting untuk memastikan suara wanita didengari dan peranan mereka diiktiraf serta dimanfaatkan dalam sektor awam dan swasta ASEAN,”
BANGKOK: Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu menggandakan usaha meningkatkan jumlah wanita dalam jawatan kepimpinan merentasi pelbagai lapisan masyarakat.
Ini menurut laporan “Snapshot Data: Kepimpinan Wanita di Wilayah ASEAN” yang ditulis Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN.
Laporan itu mendedahkan bahawa terdapat peningkatan pengiktirafan terhadap peranan wanita sebagai pemimpin dan agen perubahan di rantau ASEAN.
Bagaimanapun, laporan itu menegaskan bahawa usaha perlu dipergiat bagi mempromosikan peranan golongan itu dalam meningkatkan produktiviti, memperkukuh pemuliharaan ekosistem dan mewujudkan pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.
“Penyertaan dan kepimpinan wanita dalam tindak balas dan pemulihan COVID-19 boleh mengubah krisis semasa menjadi peluang untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan,” menurut laporan itu.
Menteri Hal Ehwal Wanita Kemboja Dr. Ing Kantha Phavi berkata mewujudkan kesaksamaan jantina adalah suatu bentuk pelaburan yang bijak.
“Jawatan dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan adalah penting untuk memastikan suara wanita didengari dan peranan mereka diiktiraf serta dimanfaatkan dalam sektor awam dan swasta ASEAN,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Wilayah, Wanita PBB di Asia dan Pasifik Sarah Knibbs berkata penglibatan lebih ramai wanita dalam kepimpinan adalah penting untuk menggalakkan pemulihan yang lebih saksama daripada wabak di negara ASEAN.
Beliau berkata terdapat peningkatan terhadap pengiktirafan jantina dan peranan kritikal yang dimainkan oleh wanita dalam tindak balas terhadap COVID-19.
“Kita perlu memastikan mereka mengambil bahagian dan memainkan peranan yang lebih besar terhadap pemulihan COVID-19,” katanya.
Laporan itu memaklumkan pegangan saham bagi pengurus wanita meningkat dua peratus dalam tempoh 20 tahun, daripada 39 kepada 41 peratus pada 2020 manakala pegangan pengurusan kanan dan pertengahan berada pada kadar 26 peratus lebih rendah.
Dalam tadbir urus politik, laporan itu mendedahkan golongan wanita memegang 22 peratus kerusi parlimen, tetapi mereka sering diberi peranan dalam kesaksamaan jantina dan hal ehwal wanita.
Wanita turut menyumbang 67 peratus penglibatan dalam penjagaan kesihatan, barisan hadapan yang bertindak balas terhadap wabak itu namun hanya 11 peratus ketua pegawai eksekutif di hospital terbesar di rantau ini adalah wanita.
“Menteri kesihatan ASEAN semuanya lelaki kecuali Vietnam,” katanya.
Laporan itu juga mengetengahkan bahawa wanita hanya mengetuai enam peratus kementerian alam sekitar dan berkaitan pada 2020.
“Peluang untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan mengenai alam sekitar membolehkan mereka mempromosikan pemuliharaan alam sekitar, termasuk wanita orang asli yang kebanyakannya mempunyai pengetahuan ekologi tradisional,” menurut laporan itu.
Oleh itu, Sidang Kemuncak Pemimpin Wanita ASEAN, Mesyuarat Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik minggu depan dan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada bulan November harus memberi perhatian kepada penemuan itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.