Kabul dikejutkan dengan serangan bom kereta

Empat maut, 90 cedera dalam insiden letupan bom di Kabul – Foto sinar Online

KABUL, 15 Januari – Sekurang-kurangnya empat orang maut, manakala lebih 90 yang lain cedera dalam insiden letupan bom kereta di sebuah kawasan yang dahulunya didiami warga asing yang bekerja di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), di Kabul.

Sinar online melaporkan serangan terbaharu menggegar ibu negara Afghanistan itu berlaku awal petang semalam di ‘Green Village’ yang terletak berhampiran kawasan penempatan.

Timbalan jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, tiga daripada empat mangsa maut merupakan anggota pasukan keselamatan, manakala seorang lagi adalah orang awam.

Menurutnya lagi, 23 daripada 90 mangsa cedera adalah kanak-kanak, dan angka korban susulan insiden terbabit mungkin akan meningkat.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden yang turut memusnahkan kawasan penempatan penduduk.

Leave a Reply