Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KALIMAH ALLAH: MOHD NA’IM YAKIN KDN AKAN TINGKATKAN PEMANTAUAN, BERTINDAK TEGAS

DALAM NEGARA

KALIMAH ALLAH: MOHD NA’IM YAKIN KDN AKAN TINGKATKAN PEMANTAUAN, BERTINDAK TEGAS

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar. – Bernama

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya memberi jaminan akan sentiasa bekerjasama dengan KDN dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan lain-lain kalimah suci dalam agama Islam.

“Orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap isu ini kerana ia berkaitan isu teknikal perundangan dan mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Na’im pihaknya ambil maklum pendirian KDN dalam menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 7 Februari 2023 yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Jabatan itu akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk isu kalimah Allah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading