KANAK-KANAK 5 TAHUN MAUT JATUH TINGKAT 10

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Siasatan mendapati sewaktu kejadian mangsa berseorangan di rumah tersebut.

“Mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

“Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan sementara orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).—AlHijrah Online

Leave a Reply