Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS NAFI KEJADIAN WARGA BANGLADESH MAUT DIBAHAM HARIMAU

DALAM NEGARA

POLIS NAFI KEJADIAN WARGA BANGLADESH MAUT DIBAHAM HARIMAU

Polis menafikan dakwaan tular warga Bangladesh maut dibaham harimau di Pos Raya, antara Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Gambar ihsan Facebook.

IPOH: Polis Perak menafikan dakwaan tular berkenaan seorang warga Bangladesh maut dibaham harimau di Pos Raya yang terletak di antara Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya juga percaya gambar tular adalah gambar lama yang ditularkan semula.

Menurutnya, semakan telah dibuat dengan Ketua Polis Daerah Ipoh mengenai perkara itu dan didapati ianya tidak benar.

“Saya ingin memberi nasihat dan peringatan kepada semua pengguna-pengguna Facebook yang suka menularkan berita-berita palsu ini untuk berhenti daripada menyebarkan gambar-gambar lama.

“Gambar lama sebenarnya dia sebarkan balik dengan tujuan untuk menggusarkan orang ramai,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan maklumat tidak benar yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseksaan.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan maklumat atau berita palsu di media sosial,” katanya.

Baru-baru ini tular di laman Facebook gambar seekor harimau dan rangka manusia yang kononnya milik seorang warga Bangladesh yang telah dibaham harimau.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading