Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK EMPAT TAHUN HILANG SELEPAS JATUH DALAM LONGKANG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK EMPAT TAHUN HILANG SELEPAS JATUH DALAM LONGKANG

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya berusia empat tahun dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Kampung Ampang Campuran, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata operasi mengesan kanak-kanak itu sejak petang semalam turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 8.10 malam disebabkan persekitaran kawasan yang gelap dan arus deras.

“Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekitar rumahnya di Lorong Ikan Jelawat 8 ketika bermain, sebelum dihanyutkan ke longkang besar dengan lebar kira-kira 10 meter dan kedalaman air kira-kira satu meter,” katanya.

Pihak Bomba meneruskan usaha mencari kanak-kanak tersebut hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.50 petang semalam daripada keluarga mangsa sebelum menggerakkan dua jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading