Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK ENAM TAHUN MAUT JATUH LONGKANG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK ENAM TAHUN MAUT JATUH LONGKANG

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, yang dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di kawasan perumahan di Taman Pelangi, Rawang ditemukan kira-kira 7.45 malam ini.

RAWANG: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, yang dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di kawasan perumahan di Taman Pelangi, Rawang ditemukan kira-kira 7.45 malam ini.

Komander Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Abdul Latif Mat Noor berkata Muhammad Adam Fahmi Mohd Hizlan ditemukan di sungai berhampiran pusat servis kereta Toyota Rawang, oleh penduduk sekitar yang menyertai operasi terbabit.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 6.19 petang tadi.

Beliau berkata dua buah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira empat minit kemudian.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Adam, Mohd Hizlan Muhd Azemi berkata beliau bersama penduduk sekitar terus mencari anaknya sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Saya memang ada di rumah semasa kejadian. Saya dimaklumkan anak saya tergelincir sebelum terjatuh (ke dalam longkang). Beberapa rakannya yang ada di tempat kejadian cuba membantu tetapi keadaan air longkang yang deras mengakibatkan anak saya dihanyutkan ke sungai berhampiran,” katanya kepada Bernama.

Seorang daripada kira-kira 10 orang penduduk yang menjumpai mayat Muhammad Adam, Muhd Suhaimi Sulaiman berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan terapung berhampiran sebatang pokok yang hanyut di dalam sungai berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading