Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENGKU ZAFRUL AKAN DIPANGGIL BERI KETERANGAN – SPRM

DALAM NEGARA

TENGKU ZAFRUL AKAN DIPANGGIL BERI KETERANGAN – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan hari ini memaklumkan Zafrul akan dipanggil dalam masa terdekat.

Beliau turut mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu. 

“Siasatan sedang dijalankan dan adalah tidak wajar untuk individu yang dipanggil memberi keterangan membuat kesimpulan sendiri sama ada mereka dipanggil sebagai saksi ataupun suspek,” katanya.

Azam berkata mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009, pegawai suruhanjaya yang menyiasat kesalahan di bawah akta ini boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berkaitan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapat beliau, membantu siasatan.

“Mereka harus menunggu sehingga siasatan selesai sebelum memberi komen tentang siasatan oleh penguatkuasa,” katanya.

Semalam, media melaporkan Muhyiddin adalah antara individu yang disiasat berhubung projek Jana Wibawa dan beliau dilaporkan berkata SPRM memanggilnya untuk memberi kenyataan bukan sebagai suspek.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading