Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MAUT DITIKAM ABANG SENDIRI

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MAUT DITIKAM ABANG SENDIRI

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 pagi melibatkan suspek berusia 19 tahun yang menikam adiknya, 9, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia enam jam selepas kejadian, di Hospital Ranau.

RANAU: Seorang kanak-kanak maut ditikam di bahagian perut oleh abangnya yang dipercayai mengalami masalah mental, di kediaman mereka di Kampung Kinapulidan, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.27 pagi hari yang sama.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 pagi melibatkan suspek berusia 19 tahun yang menikam adiknya, 9, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia enam jam selepas kejadian, di Hospital Ranau.

“Suspek menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau sebelum jirannya membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,” katanya seperti dilapor media.

Tambah Simiun, suspek berjaya ditangkap pada hari yang sama di sekitar lokasi kejadian dan polis masih menyiasat motif sebenar kejadian.

Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading