USAHA PREVENTIF BENDUNG ISU 3R PERLU SEGERA DILAKSANA – SULTAN NAZRIN
KUALA KANGSAR: Isu-isu menyentuh agama, raja dan kaum (3R) yang semakin disensasikan dan dipolitikkan kebelakangan ini jika dibiarkan boleh menjejaskan kestabilan negara termasuk usaha pembangunan serta ekonomi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. — Gambar Fail / Bernama
KUALA KANGSAR: Isu-isu menyentuh agama, raja dan kaum (3R) yang semakin disensasikan dan dipolitikkan kebelakangan ini jika dibiarkan boleh menjejaskan kestabilan negara termasuk usaha pembangunan serta ekonomi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.
“Ahli-Ahli Dewan Negara dan Orang Besar Jajahan hendaklah berperanan proaktif membantu usaha-usaha preventif dan usaha-usaha membendung.
“Orang-Orang Besar Jajahan terutamanya hendaklah mendampingi jawatankuasa dan pegawai masjid, sering mengadakan pertemuan dan perbincangan dalam jajahan masing-masing, berusaha ke arah menyatupadukan rakyat,” titah Sultan Nazrin ketika Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-172 di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Sultan Nazrin bertitah perkara menyentuh agama, raja dan kaum yang disensasikan, jika berlaku hendaklah segera dipersembahkan ke pengetahuan baginda dan mendapatkan nasihat baginda jika perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan badan perundangan.
Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah sekolah berperanan penting untuk menyemaikan semangat perpaduan serta kesetiaan kepada raja dan negara.
“Pada malam ini, beta dan Raja Permaisuri, Raja Muda dan Raja Dihilir akan berangkat bercemar duli ke acara kemuncak Program Menyemai Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara di bawah kelolaan bersama Dewan Negara Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan pembiayaan dan sokongan kerajaan beta.
“Program tersebut mendapat sambutan baik daripada para pelajar. Orang-Orang Besar Jajahan juga hendaklah mendampingi diri dengan warga pendidik dan memberi masa menghadiri program-program kokurikulum di sekolah-sekolah, membantu usaha-usaha menyemaikan semangat kesetiaan kepada raja dan negara, di samping membantu usaha-usaha memupuk perpaduan kaum,” titah baginda.
Baginda bertitah generasi remaja semakin menjadi komponen terbesar rakyat di negara ini dan mereka wajib diberikan bimbingan untuk menjadi warga berharga kepada negara bangsanya.
Sultan Nazrin turut menyeru Orang Besar Jajahan mendampingi golongan remaja, dengan mengadakan pertemuan, dialog dan perbincangan dengan pemimpin belia di jajahan masing-masing.
“Berikan masa untuk menghadiri dan meraikan kegiatan para belia di jajahan masing-masing. Bimbing dengan kata-kata nasihat dan hulurkan bantuan untuk menjayakan kegiatan-kegiatan mereka untuk membolehkan mereka menjadi warga yang berharga kepada negara bangsanya,” titah Sultan Nazrin.
Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Tahun 2023, di sini.
Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Mendahului senarai ialah Mufti Perak Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa.
Turut dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Fatwa ialah Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim.
Anggota Jawatankuasa Fatwa yang lain dilantik ialah penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi 1444 Hijrah Datuk As’ad Awang yang juga bekas guru dan pensyarah bahasa Arab, serta Ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Prof Madya Dr Mohamed Fairooz Abdul Khir yang juga Pengarah Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam Universiti INCEIF.
Selain itu, turut dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Fatwa ialah Prof Madya Dr Lukman Abdul Mutalib, Dr Muhammad Ayman Al-Akiti, Dr Azmil Zainal Abidin, Dr Muhammad Adib Samsudin dan Engku Ahmad Fadzil Engku Ali. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager