Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK TIGA TAHUN HILANG SEMASA MAJLIS HARI RAYA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK TIGA TAHUN HILANG SEMASA MAJLIS HARI RAYA

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam. 

Siti Nur Athhiyya Soffea yang merupakan anak tunggal memakai baju kurung berwarna merah di majlis itu. 

“Bapanya mendakwa telah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada yang mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Wan Mohd Zahari berkata usaha mencari Siti Nur Athhiyya Soffea giat dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dengan siasatan dijalankan mengikut semua kemungkinan. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai dan sekitar tebing berhampiran rumah rakit itu pada 3.23 pagi tadi.

SAR diaktifkan dengan mengambil kira kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dari dua rumah rakit kepunyaan bapanya, yang mempunyai jambatan kayu di bahagian tengah untuk menghubungkan kedua-dua rumah tersebut. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading