Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CACAR MONYET: MALAYSIA BELUM BERCADANG TUTUP SEMPADAN

DALAM NEGARA

CACAR MONYET: MALAYSIA BELUM BERCADANG TUTUP SEMPADAN

MELAKA: Kerajaan tidak bercadang untuk menutup pintu sempadan negara ketika ini walaupun terdapat kes jangkitan cacar monyet di beberapa negara lain selain Afrika.

GAMBAR HIASAN. — AFP

MELAKA: Kerajaan tidak bercadang untuk menutup pintu sempadan negara ketika ini walaupun terdapat kes jangkitan cacar monyet di beberapa negara lain selain Afrika.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan telah mengetatkan saringan kesihatan di semua pintu masuk negara terutama bagi pengembara dari negara yang mempunyai kes penyakit cacar monyet.

Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan penyakit itu dapat dibendung daripada memasuki Malaysia.

“Kita telah beri taklimat kepada semua petugas Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini dan akan memperkasakan kawalan daripada segenap aspek dan sekiranya simptom dikesan, langkah pengasingan awal akan dilakukan di pintu masuk negara.

“Selain itu unit makmal KKM sudah bersedia melaksana kajian bagi membendung penularan virus berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penutup Persidangan Kajian Kematian Peri-operatif (POMR) Kebangsaan Kali ke-7 yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan POMR Datuk Dr Fitjerald Henry dan Pengarah Kesihatan negeri Dr Rusdi Abd Rahman. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading